>
Photobucket Photobucket Photobucket
Kalau dah follow aku, bagitahulah melalui komen or cbox, i will follow you back. anything to ask? just comment. thanks :)

Sunday, May 27, 2012

Segmen bloglist : saya blogger newbie




pengumuman semua! aku join sesuatu lagi! hahaha
nasib baik tak payah like+folo bagai..
terima kasih kepada Encik Fariz Reza kerana menjemput yee..
sape yang nak join, klik je banner yang kiut miut tu! huhu
- yang mempunyai follower 350 ke bawah je yang layak -
like mine lah. hihi
sekian, assalamualaikum :)

Saturday, May 26, 2012

BLOGGER PENIPU!

aku rasa macam nak carut habis je kat blogger ni.. bodoh.  hari tu kan aku ade join satu contest, buat penat je aku folo+like bagai. sumpah ni last aku join contest dia.

nak tengok gambar yang aku pertaruhkan? klik SINI.
serious, aku tak kesah aku tak menang pun sebab aku edit simple je.
korang nak tahu sape menang tempat pertama?

TUAN PUNYE CONTEST tu ha! !@#$%^&* betol lah!

terasa bodoh pulak diri ni. kesian kat semua orang yang join tu, aku tak kan maafkan dia.!

gambar yang dipertaruhkan :-

gambar dia pulak tu! 
nak tengok blog dia yang satu lagi? klik SINI.
nampak sangat lah menipu.. blog tu baru je buat then masuk contest tak pasal2.. pastu yang ade 2 post je, satu entry 3 ayat, satu lagi entry join contest nih. agak2 lah nak menipu pun.. terkantoi sudah..

ni antara komen2 yang dia dapat.. semua aku sokong!




hancur berderai rasanye hati ni bile dapat tahu jadi macam ni..
to dayah : insaflah.. tak baik taw naya orang macam ni.. belum terlambat lagi untuk kau tebus balik kesalahan kau tu. 
sekian,assalamualaikum :\

goodbye my dear blog :(

hai :) cepatnye masa berlalu. sedar tak sedar dah 5 bulan aku duk terperuk kat rumah. makan tido makan tido aje kerjanya. haha. dah tiba masa aku pergi sambung study. kat mane tu? kat Kolej Matrikulasi Pahang. aku dapat UTeM. tapi tak nak.

esok aku akan bertolak ke kuantan sebab tarikh daftar nye esok lah. nervous, happy, bercampur baur..

tak caye rasanye aku dah siap packing barang, banyak gila.. yang penting, semua barang baru! hehe.

dah tak boleh nak update blog tiap2 hari. so sad :(
takpe, sabo je lahh.. demi cita2ku, aku sanggup berkorban! dear blog, aku akan kembali dalam masa sebulan! sabo ye sayang.. hihi

sape2 yang going to KMPh jugak, tegor2 lah aku kat sane, jangan sombong2.. kita kan kawan.. hihi

tiba2 pulak sebak nak tinggalkan kucing2ku.. tak dapat main dengan dyorang lagiiiii.
to all of you : doakan aku dapat 4 flat yee.

okay la, bai korang. jumpe lagii. assalamualaikum :)

Kisah sedih

petang tadi aku pergi kenduri kawin dengan mengenakan baju kurung berwarna pink/biru dan bertudung bawal biru. on the way there, aku nampak ade sorang pak cik jalan kaki.. rambut basah... baju pun basah dibasahi peluh.

memang aku selalu sangat nampak pak cik nih. and aku jugak tahu yang beliau tak berapa nak waras sangat. daripada luaran, umur pakcik tu mungkin 50-an.

air mata aku hampir menitis bila tengok pak cik tu hanya jalan kaki kat tepi jalan.. dengan cuaca yang panas terik. dan yang paling penting, beliau tak pakai selipar! sampai hitam tapak kaki. ya Allah.. kesiannye aku tengok. hanya Allah yang tahu perasaan aku. atas jalan tar pulak tu. ya Allah, panasnye.. berlinang air mata aku tengok..

aku boleh nampak titisan peluh menitis dari hujung rambutnya.. aku tahu, dia panas sangat2 mase tu. ya Allah..

pak cik tu jalan ala2 P.Ramlee.. dalam lagu bujang lapok, yang kaki macam terhincut2 tu..
hemm, macam2 aku fikir pasal pak cik tu, mana keluarga? takde anak bini ke? mana anak2? or beliau memang dah macam tu sejak lahir? paling kurang pun, mana adik beradik?

kenapa takde orang jaga pakcik tu? kesian dia.. kalau lah beliau itu saudara aku, aku tak kan sampai hati nak biarkan pak cik tu macam tu je. daif.. astaghfirullah..

aku cuma berdoa supaya akan ade manusia2 yang bertanggungjawab menjaga pak cik tu dengan baik. paling tidak, beliau tak merayau2 tanpa selipar lagi..

sape2 yang tinggal berdekatan rumah pak cik tu, bantu lah dia.

kalaulah salah sorang daripada family aku jadi macam tu, takde sape nak tolong..(melainkan ahli keluarga sendiri)
gini la sikap masyarakat sekarang..

sekian, assalamualaikum..

#sayangilah ibu bapa anda.

Friday, May 25, 2012

Blog berwajah baru :)

letihhhhhhh . . haha . penat betul . 3 hari aku abiskan mase sebab nak ubah wajah blog aku.. takde kerja la katekan.. hehe

semua ni aku buat sendiri taw. dengan bantuan Encik Google, Miss Farah dll .

tengok background blog aku ni ha.. aku buat sendiri. percaya tak? tak? betul.. aku tak tipu.


 dengan berbekalkan love kecik kat atas tu and blank white surface.. aku resize, then susun la ikut skala.. senang je, just makan masa kite la sikit. huhu (5jam jugak nak buat nih -..-)
besar sebenarnye gambo nih. aku crop.
memang aku buat sendiri, kod HTML tu yang aku kurang pandai.. hoho. macam2 masalah yang timbul. huhu

ni pun aku crop..aku cekau at google je ni. yang ni aku guna untuk sidebar ngn date kat atas tu haa.. cantik tak? or kurang sesuai? tolonglah komen :\





yang ni pun aku ambik dari blog orang lain.. aku just tukar kaler je sikit sebab kaler tak selaras dengan theme blog aku.. aku tuka daripada yang pepel kat atas tu kepada pink sikit macam yang kat bawah tu. cantik tak?hehe

nak URL die? komen lah.. bukan senang nak dapat taw. susah payah aku edit. kalau mintak, aku bagi je :)
sekian, assalamualaikum :)

Wednesday, May 23, 2012

Hacker ke tuan punye badan ni?

haihaihai korang! nak story sikit, tadi aku online fb, then ade la sorang minah ni update status...

haa? ape yang korang rasa? die kena hack ke syok sendiri ni? persoalan yang membelenggu perasaanku tika ini -..- pape je lah.
dunia sekarang ni kan penuh dengan hackers..
hack untuk kebaikan takpe...
ini tidak, memalukan mangse aje kerjanye.
Alhamdulillah setakat ni aku tak pernah jadi mangse hack..
mintak simpang lahh!
tapi, adekah dia di hack?? atau dia sendiri yang post tu?
heemmmm.....
sape myrah avicenna tu???
aku lah.. haha
sekian, assalamualaikum :)


Tuesday, May 22, 2012

Special giveaway by Aziera Adenan



klik banner untuk join!
aku telah dijemput oleh Cik Wanie untuk join. so, aku join lah memandangkan 
ia tak cerewet. 
 kalau yang banyak sangat yang aku kena buat itu ini, babai je lah.. (pemalas)
-NI HADIAH UTAMA-
waterproof lomo + filem + postage
ohsem! join lah!
i'm tagging...


tiga orang Cik cute je.. tak larat nak tag Cik2 cute yang lain. huhu
ramai sangat.. okay,
sekian, assalamualaikum.







Resepi 2 : Blueberry cheese tart

hai :) dah lame aku tak sembang pasal resepi.. huhu. sebenarnye resepi ni aku cekau dari fb.. aku just edit sikit je.. resepi ni senang sangat2. konfem jadi. bagi yang suka Tart ni rugi kalau tak try taw.. marveles gitu!
the colour changes due to light.

KULIT TART

bahan-bahan :-

250g mentega
95g gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
455g tepung gandum

Cara-cara :-

putar mentega, gula dan esen vanila hingga kembang. masukkan telur dan air. putar lagi hingga kembang. masukkan tepung gandum dan adun menjadi doh yang sebati. ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. lebihan adunan yang terkeluar dibuang dengan diratakan menggunakan belakang pisau. cucuk sikit dengan menggunakan garfu.(1-2 kali pun dah cukup) bakar selama 20-25 minit dengan suhu 170oC dan meletakkannya di bahagian paling bawah dalam oven.

* tips : gunakan pencungkil gigi untuk mengeluarkan kulit tart dari acuannya.

-kalau adunan kulit tart tu terlalu lembik, masukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit..

INTI TART

bahan-bahan :-

250g cream cheese
50g gula kastor
1 biji telur saiz B
1/2 sudu teh esen vanila/lemon
1 tin blueberry

Cara-cara :-

putar cream cheese dan gula kastor sampai berkrim. masukkan telur dan esen vanila. putar lagi beberapa minit.
masukkan sedikit blueberry dalam tart. tuang cheese tadi ke atas blueberry sehingga blueberry tersebut tidak kelihatan. kalau suka, buat corak macam aku tu dengan menggunakan pewarna makanan yang berwarna ungu. tunjukkanlah kekreatifan anda! hehe. bakar selama 5-10 minit dengan suhu yang same. sentuh dengan hujung jari, kalau tak melekat, dah masak la tu.. siap! tu je. senang what? try lah.

jika ade sebarang kemusykilan, komen je. InsyaAllah aku akan jawab.
sekian, assalamualaikum :)

Monday, May 21, 2012

Tips 8 : Makanan yang meredakan stress

Adakah anda seorang pelajar yang stress saat exam sudah dekat?
Adakah anda seorang pekerja yang stress kerana selalu dimarahi boss?
Adakah anda stress?

Saya ada jalan penyelesaiannya!
(haha)

sape lah yang tak pernah hadapi tekanan hidup. kan? setiap kali tekanan, makanan manis+tinggi kalori yang jadi santapan.. secara tidak langsung, berat badan naik, tubuh gempal, tahap kesihatan menurun dll. bila perut dah jadi 3D baru nak buat itu ini. ish ish ish.. (aku makan banyak sebab aku suka, bukan sebab stress. hehe)
sekarang ni aku nak senaraikan makanan yang akan membuatkan stress berkurangan.. same2 kite makan amalkan yee..

AYAM BAKAR DAN DAGING
ayam bakar memberikan protein yang baik kepada tubuh badan. menurut Judith Wurtman, penulis buku The Serotonin Power Diet, lebih kurang 200g protein akan membantu otak menghasilkan doparnin and norepinefrin, iaitu sebatian kimia semula jadi di dalam otak yang akan mengekalkan kewarasan korang.. daging pulak mengandungi lemak yang juga mengandungi vitamin B, zat besi dan zat yang sangat kaya sehingga ia baik untuk mereka yang mengalami stress.

KACANG BADAM
badam mempunyai antistres yang luar biase. diulangi, ANTI-STRES! vitamin B dan magnesium di dalamnya membantu menenangkan dan mengendalikan emosi dengan baik. manakala, vitamin E yang juga terkandung di dalamnya kaya dengan antioksidan yang bisa menghalang radikal bebas yang menjadi penyebab stress. makan segenggam badam setiap hari sudah memadai untuk mengawal stress korang..

BERTIH JAGUNG
ingat bertih jagung, ingat wayang. tidur korang terganggu? makanlah bertih jagung kerana karbohidrat akan membuatkan badan kite melepaskan serotonin (sebatian kimia dalam otak yang akan membuat kite lebih tenang and relax). tapi, pilihlah bertih jagung yang rendah/bebas lemak kerana ia boleh melambatkan proses pelepasan serotanin tersebut.

COKLAT
coklat akan membantu korang menenangkan emosi. coklat mengandungi nadamin dan feniletilamin yang membantu kerja saraf dan akan tenangkan perasaan korang dan berasa lebih gembira. tapi awas! jangan makan secara berlebihan!

IKAN
hampir semua jenis ikan mengandungi vitamin B lengkap, terutamanya B6 dan B12. kekurangan vitamin B12 boleh depresi. cuba korang nikmati salad ikan tuna untuk lunch dan dinner. selain tu, ikan yang kaya dengan Omega 3 seperti ikan salmon dapat menghalang pertumbuhan hormon kortisol yang menyebabkan stress dan peningkatan tekanan darah..

SAYURAN HIJAU
ia amat bermanfaat untuk menurunkan stress. ini kerana, kandungan vitaminnye yang begitu banyak dapat berulang-ulang dijadikan sumber tenaga tubuh yang semakin berkurangan ketika fikiran dalam keadaan tertekan.

SUSU
sebelum mengambil susu, carilah jenis susu yang sesuai dengan keperluan korang. ape yang penting, susu mengandungi antioksidan yang dapat menghancurkan radikat bebas yang menjadi punca stress. minumlah susu pada waktu pagi dan sebelum tidur..

renung2kan dan selamat beramal!
sekian, assalamualaikum :)

sumber : majalah (telah di edit mengikut kesesuaian)

First Photo Contest by Dayah

nak join? klik SINI!


tetiba aku rase nak join contest ni and ni lah contest yang first aku join. 
ade lenses.. nak sangat2 ni.. yang lame dah rosak.. excited lah! hadiah yang ohsem!
harap2 menang tempat pertama. hehe
kalau boleh nak letak semua gambar
ni photo aku je.
aku edit sendiri okay.. tak pakai tenaga sesape pun taw..

ni adalah photo kawan aku yang di edit oleh aku..
myrah.SDN.BHD
cewahh, bajet je aku ni. haha

aku lagii.. model tak berbayar..
aku edit gambar ni sepenuh hati aku taw..
hemhemhem.. jiwangnye aku.. hee


peace!
1,2,3,4..okay.. cukup! :)
sedang follow and like ape yang patot
sekian, assalamualaikum.. doakan aku berjaya..
JOINED!
love,   
myrah

Sunday, May 20, 2012

Tips 7 : Cara saya study

hai :) hem, tengok title tu.. haa, aku nak kongsi sikit.. (baca entry ni sampai habis taw!)
nak story about subjek yang perlu wajib baca.. Sejarah..aku tak suka sejarah. tapi aku dapat A time SPM.. aku syukur sangat2.. dulu, demi A for Sejarah, aku belajar untuk sayang buku sejarah. time tu, kemane je aku pergi, buku Sejarah wajib ade dengan aku.. (nak story pasal Sejarah kejap yee..) dalam hidup aku, due kali je aku dapat A untuk Sejarah.. bila tu? PMR and SPM.. huhu. selain tu tak pernah.. tika aku form3, exam OTI1 (kalau tak silap laa), aku dapat 40 je! lepas tu, aku berazam perkara tu tak kan berlaku lagi.. last2, alhamdulillah :)
cikgu aku cakap, yang penting ialah study secara berterusan, bukan study mati-matian time exam kat selekoh tajam. hendak seribu daya.. tak hendak duduk diam.. kan?

tips daripada cikgu aku, baca buku Sejarah setiap malam sebelum tidur.. 1 m/s pun dah cukup. kalau rajin, teruskanlah.. tak perlulah sampai tak tidur malam. and, yang tak suka baca, try buat latihan.. rujuklah buku untuk menjawab semua soalan. insyaAllah..

kata-kata ayah aku, "konfiden takpe, jangan over konfiden.."

P.A.Islam.. sape yang suka subjek ni? aku! haha. dulu (form 1), aku dapat C untuk PAI.. kecewanye aku time tu.. time nak exam akhir tahun, aku habiskan cuti sekolah selama 2 hari dengan membaca buku PAI. aku banyak menyendiri time tu. aku baca buku rujukan PAI setebal 1 inch tu sebanyak 3 kali.. ternyata, usaha aku tak sia-sia.. korang nak tahu aku dapat berapa? jengjengjeng... 90 doe! terkejut la jugak akutime tu.. macam tak percaya je tapi tu lah kenyataannye. takpe lah tak dapat 100 pun.. aku dah bersyukur sangat.. lepas tu, result PAI aku tak pernah turun lagi..

yeah, semuanye atas diri kite sendiri.. kalau ade usaha, akan ade lah kejayaan.
haa! seriously, ni pendapat aku, kalau 1 kali kite dapat A untuk sesuatu subjek, kite akan ade keyakinan untuk terus dapat A for subjek tu.. langkah pertama is the hardest. namun, usaha lah bersungguh2..

aku bukanlah pakar motivasi.. tapi, gitulah.. aku tak tahu nak cakap ape. ade jugak kawan2 aku yang ikut nasihat aku. alhamdulillah berjaye.. dan ade jugak yang tak dengar. buat pekak je. bila dah dapat result, nangis.. tu je lah kerjanye.. usaha tak nak.. hemm..

then, aku cukup2 tak suka bila ade orang cakap, "saya tak pandai macam awak.. saya bodoh..". panas hati betul aku dengar ayat macam tu! dah tu orang yang pandai tu tak kan lah pandai macam tu je?! goyang2 kaki, pastu jadi pandai. camtu ke? hemm, lu fikirlah sendiri..
aku bukannye nak bajet bagus ke ape, cuma nak bagitahu ape yang terbuku di hati.. tak salah kan?

okay, untuk subjek Math/Add Math pulak, korang memerlukan banyak latihan. ni khas untuk Form 4 & 5. yang lain pun boleh jugak. ramai kawan aku tanye, camne aku study Math? aku cume buat latihan yang cikgu bagi je, and bile nak exam, aku tengok2 balik latihan yang aku buat.. SEMUA yee?. takde satu pun yang aku tinggal. paling penting! jangan sesekali cakap "bab ni aku dah pandai, buat ape nak tengok2 lagi."

aku ulang kaji semua termasuklah bab Whole Number.. aku cuma buat gitu aje.. tak payah nak tusyen bagai.. Alhamdulillah, berkat study sendiri (berkat? pape je lah), aku dapat 99 for Math.. dan markah aku tu menggalakkan classmates aku untuk dapat markah tinggi jugak.. 4 kali berturut2 aku dapat result gitu.. tak pernah lagi dapat 100.. frust betul cikgu aku.. haha. korang pernah dapat 100? tahniah! :D
Add Math aku biase je.. A- , alhamdulillah.. dulu, ade sorang senior, die dapat 100 for Add Math! haa, gile tak? pergh..
aku rasa ade diantara korang yang takut nak hadapi exam Add Math for the first time.. takut gagal macam orang lain.. macam2 ade dalam kepala kan? huhu. untuk junior2, tak payah takut sangat. die tak makan adik2 pun.. huhu

chemist? physics? same aje cara study. cume perlu lebih penelitian.. fokus dalam kelas, jangan main2 time cikgu ajar..
lastly, jangan dikau tidur dalam kelas ye.. aku tak pernah buat taw! ingatlah pesanan penaja ni okay! cukuplah sampai di sini saje. nak makan.. lapo. bai. Assalamualaikum :)

#entry bosan sikit. tak tahu nak letak pics ape.. hehe. enjoy!

Saturday, May 19, 2012

Tips 6 : Jauhkan diri dari junk/fastfood

aku dapat tips ni daripada sebuah majalah. terbit tahun 2007.. so, aku rasa tak salah kongsi kat sini. aku tak rugikan sape2 pun.
okay, teruskan kepada tajuk utama kite hari ni. Tips jauhkan diri dari junkfood/fastfood..

1. bersukan.. kerana bersukan boleh menyebabkan tubuh berasa lebih aktif dan gembira kerana ia akan menghasilkan endorfin (hormon yang menenangkan). bagi yang malas, rajinkanlah diri korang untuk bersukan sebab banyak faedahnye..

2. berhenti makan makanan segera secara berperingkat. kenape berperingkat? kerana berhenti secara tiba-tiba amat sukar. namun, ia tak mustahil.. kalau korang tak dapat lupekan makanan kerepek kentang yang lazat tu, cubalah beli dalam kuantiti yang sedikit dan kecil. masih lapar? cuba gantikan dengan mengambil makanan jenis kekacang or buah-buahan.

3. wajib bersarapan. sarapan yang baik mestilah mengandungi serat dan protein yang tinggi. hal ini akan membuatkan korang berasa kenyang lebih lama dan kurangkan keinginan untuk mencari makanan ringan.

4. pilih junkfood yang mahal.. maksudnye korang pilihlah junkfood yang mahal jadi kegemaran korang.. nescaya korang akan rasa terseksa setiap kali nak bayar.. besar kemungkinan korang akan stop langgan makanan tersebut. (ntah boleh pakai ke tidak ni. try lah dulu..)

5. kawal gula dalam darah. gula darah yang stabil akan mengurangkan rasa lapar. aku dah cakap camne nak  stabilkan gula dalam darah kan?
klik gambar ni kalau nak tengok entry aku yang sihat mihat..
6. makan suplemen. kalau tubuh kekurangan khasiat, tubuh secara automatik akan menghantar isyarat kepada otak untuk berbuat sesuatu, misalnye makan. ambillah multivitamin kerana ia merupakan jalan penyelesaian terbaik..

My youngest sister

testing tudung baru mak aku.. haha
hai :) rindunye kat blog.. 2 hari tak update.. hoho. busy gila kot aku minggu ni.. buka akaun lah.. pegi shoping lah.. letihnye! banyak betul persediaan kena buat.. nak pergi matriks je pun.. haih.. 2 benda je aku tak beli lagi, purse and pencil box.. susah betul nak cari..

tangan terase nak menaip.. tapi tak tahu nak bebelkan ape for today.. emm, nak story pasal adik bongsu aku lah.. haha
namanye seperti yang tertera yee..
aku suka ambik gambo.. die lah yang selalu jadi mangse aku.. jadi model tak berbayar.. huhu
pape ntah..

Nama : Nur Aina Afiqah bt Awang
Umur : 8 tahun
Status : Single (haha)
Cita2 : Guru
Hobi : Cakap sorang2 depan cermin
Sikap baik : Rajin
Sikap buruk : Nangis kalau tak cukup tidur

tu je lah biodata ringkas die.. tak perlu lah banyak sangat.. haa, ni aku nak huraikan satu2.. nana bercita2 nak jadi guru sebab boleh pakai high heel katanye.. haha. maybe sebab die tengok cikgu2 die kot..huhu
then, seperti yang aku paparkan kat atas, die suka cakap sorang2 depan cermin, kan? aku dapat tahu sebab aku selalu sangat intai die time die duk sorang2.. haha. setiap budak mesti ade satu habit yang funny.. sape2 yang ade adik kecik, try lah usha. pastu kongsi dengan aku.. aku nak tahu jugak.. hehe

sikap baik.. die rajin. yang ni memang aku tak dapat nafikan.. die memang rajin.. contohlah kalau besok PJ kan, balik aje dari sekolah hari ni die akan siapkan baju untuk dipakai besok.. aku pun nak tergelak setiap kali die buat macam tu.. haha. nak tahu die ikut perangai sape? . . ayah aku (rahsia. kite2 je tahu. okay? huhu) selain tu, die rajin buat homework, kemas beg sekolah, kemas rumah.. kadang2 bilik aku pun die yang kemaskan.. haha
aku snap pic die senyap2.. haha

sikap buruk pulak.. hemm.. annoying betul.. kalau perjalanan ambik mase selama 45 minit je, mak aku tak kan kasi die tidur, sebab konfem die akan nangis sejurus die bangun sebab tak puas tidur.. budak2.. biaselah.. haih..
duk lap meja..

(line tenet slow)
duk tengok ape tu..
tu je lah story aku.. line slow.. nak bw pun susah.. okay, bai.. assalamualaikum :)

pesanan penaja : sayangilah adik anda. tak nak dera2 okay? hee

Wednesday, May 16, 2012

Tips 5 : Hati-hati urut perut!

anak sepupu aku.. saje letak.. peace!

hai semua :) entry kali ni aku nak share kepada girl/woman di luar sane.. hari yang sunyi tanpa movie best di tv memang membosankan aku.. jadi aku mule lah gatal tangan menyelongkar rak majalah mak aku.. belek punye belek, ade satu artikel yang mampu menarik mataku untuk terus baca!
tengok tajuk entry pun tahu aku nak berleter pasal ape kan.. hoho

okay, kite teruskan.. dikalangan wanita ade mitos yang mengatakan urutan di bahagian perut dilarang same sekali.. kerana ape? kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan rahim turun. sebenarnye, ia bergantung kepada cara mengurutnya.. jika terlalu kuat, ia mungkin akan menyebabkan prolaps uteri (rahim turun). jadi kalau sakit perut ke ape ke, urut perlahan-lahan aje okay sayang..

rahim, terletak di bahagian dalam tubuh dan dilindungi kulit, lemak dan otot perut. oleh itu, mengurut dibahagian perut disarankan jangan terlalu kuat agar rahim dilindungi.. yang dah tahu tu duk diam aje okey..

alamak! betul ke ni?! haa, konfem ade yang bermonolog dalam hati kan? hehe. sabar.. teruskan membaca entry aku yee.. turun rahim belum tentu menyebabkan mandul. sebenarnye, punca mandul adalah jika sel telur tidak boleh matang untuk disenyawakan or ade kelainan pade hormon estrogen dan  progestron.

sel yang mudah disenyawakan pun perlu masuk ke saluran telur dan seterusnya ditanam di rahim. jika kedudukan rahim salah, persenyawaan tetap akan terjadi TETAPI sel yang disenyawakan itu belum tentu akan tertanam dengan kuat pada rahim.. hemm, maknanya turun rahim ni macam rahim tak kuat lah..

kalau ade masalah ape2, rajin2kanlah diri korang bertanya kepada yang lebih pakar.. aku bukan doktor.. sekadar berkongsi ape yang patut.. harap2 dapat menambah pengetahuan korang.. sekian.. assalamualaikum :)

*entry pendek aje kali ni.. i've no idea :|

Tuesday, May 15, 2012

Mendaki bukit with my best friend

k.a.m.i . k.a.w.a.n

gile2 tak gambar ni? hehe. kami bukan lesbian yee.. aku tak pandai sangat pose gile2. kawan aku cakap maybe sebab muka aku tenang sangat.. hah? err, whatever.. ni la intan.. name panjangnye Intan Kurnia Sabrina.. sedap tak? aku pun tak tahu ape maksudnya.. tak terlintas pulak aku nak tanya.. huhu

cantik tak? bukan model, pemandangan tuu.. haha

ktorang daki bukit ni.. dah lame, bulan apr 2012.. baru lah jugak. best gile walaupun berdua je. sebab dua2 ade niat nak diet tapi sampai sekarang tak kurus. kuang kuang kuang..

anugerah Allah..
comel je.. satu ni je bunga yang aku jumpa kat atas sane.. haha. korang datanglah ke Bukit Mak Dayang yang terletak di Kemaman,Terengganu. kalau nak lah.. sape2 yang nak gambar jiwang2 boleh lah.. scene yang cantik you! kat bawah nanti ade banyak gambar yang aku edit jiwang2.. Intan lah yang nak sangat gambar cam gitu.. 2 hari aku edit semua gambar.. hattoooiii! takde keje kateko!

perasan kan? hoho
suke? like lah.. ade benda nak cakap? comment je.. hehe

model tak berbayar.. huhu

terpaksa aku besarkan semua gambar.. sakit ape ntah sampai jadi kecik nih. hisy!


ni board. bile dah sampai kat atas jumpa lah..

nyaman semuanya.. aktiviti sebegini membuatkan kita mengingati kebesaran Allah.. bersyukurlah.. (sesi motivasi sekejap yee..hehe)
gambar mengejut.. tak sempat nak pose!
haa.. jangan gelak okay.. senyum tak pe.. hehe

intan lagi..sebok betol.. - -'


aku tak boleh nak fikir ayat ape nak letak dalam gambar tuh.. jadi aku tinggal kosong aje..hehe

panas.. silau..
peace yaw!
peace yaw!

tak tahu nak ulas ape.. hoho.. tengok aje lah ye.. haa! kat bawah ni aku taruk gambar jiwang yang aku edit.. berkenan? nak aku editkan? boleh je :) aku edit simple je.. tak pandai lah nak buat yang aneh2 tuu.. huhu ( thanks to Mr.Shahrir for sugest the photo editor )

tak nampak sangat wordsnye kan? hm..

botol air pun nak jadi model jugak..

cewah.. ala2 70-an gitu..

nampak tersangat gemuk yee aku ni..

patutnye aku tak buat benda kat bahagian bawah tuu - -'

ade name je.. tak letak ape sebab pic ni crowded..

jiwangnye ayat.. search google je kak oih!

Bukit Mom Dayang

cinta..ohh..cinta :P
aku edit ikut kesesuaian jugak.. kalau gambar happy tak kan lah nak letak ayat sedih so then gambar tu akan nampak hidup.. tak macam gambar biasa kita buat. spesyel sikit. paham2 sendiri lah yee.. okay, babai! assalamualaikum :)