>
Photobucket Photobucket Photobucket
Kalau dah follow aku, bagitahulah melalui komen or cbox, i will follow you back. anything to ask? just comment. thanks :)

Wednesday, May 08, 2013

Tips 11 : Gerakan latihan TERBAIK

 hai :)
ni sambungan Tips 10 sebenarnya.. take a look!


okay, latihan berikut ini boleh menguatkan otot dan mengelakkan kehilangan otot dikala usia meningkat. yang muda pun boleh amalkan :)

lakukan 3 set latihan berikut untuk setiap gerakan sebanyak 2-3 kali seminggu..


1 . Mountain climber

  • mulakan dengan posisi seperti tekan tubi, tangan tegak selari dengan bahu.
  • then, kaki kanan dibengkokkan dan dibawa masuk kebawah dada.
  • lakukan langkah yang sama untuk kaki sebelah kiri.
  • ulangi sehingga 10 kali.

2. Forearm side plank
  • baring di sebelah bahagian kiri tubuh, dengan siku dibengkokkan dan tegak selari dengan bahu, kaki diluruskan.
  • angkat sikit tubuh supaya tubuh berada dalam keadaan lurus.
  • then, angkat kaki kanan dan tahan selama 10 saat.
  • lakukan 3 kali ulangan sebelum beralih ke bahagian badan sebelah lagi.

3 . Plank reach
  • mulakan dengan posisi plank (seperti posisi tekan tubi, tapi siku dibengkokkan dan menampung berat tubuh)
  • angkat tangan kanan di hadapan dan kemudian kembali ke posisi asal.
  • ulangi langkah yang sama untuk tangan kiri.
  • untuk kaki, angkat kaki kanan dari lantai then kembalikan semula ke posisi asal.
  • ulangi langkah yang sama untuk kaki kiri.
  • ulang semua gerakan sebanyak 3 kali.
err, macam susah je. haha. takpe.. baca sambil buat baru boleh paham :) yang hebat gile seni lukis tu boleh lukis. takde masalah.. okay? tuu je. nak lebih info, google je. semoga membantu :)

source : magazine, google.

Tips 10 : Kempiskan perut untuk wanita 40-an

Anda dah berumur??

resah kerana perut buncit???

jangan risau, saya ada jalan penyelesaiannya!

lemak perut wanita yang sudah berumur susah sangat nak disingkirkan. jadi, pastikan anda jumpa jalan yang betul dan berkesan. jangan putus asa!

1 . Kenali punca!
Lemak terkumpul di bahagian perut kerana pertambahan usia dan anda semakin kekurangan hormon estrogen. waktu ni jugalah anda mula mengalami tanda-tanda pra-menopaus.
selain itu, kadar metabolism juga semakin menurun lebih-lebih lagi anda yang tak mengamalkan rutin senaman. tekanan juga boleh menyumbang kepada pelepasan hormon kortisol yang boleh menyebabkan tubuh mengumpul lemak visceral di bahagian yang paling tak dikehendaki.

2 . Utamakan protein.
Protein membantu mencegah kehilangan otot. jadi, ambil protein sekurang-kurangnya 0.9 gram protein untuk setiap 1kg berat anda setiap hari. (Christine Gerbstadt)
thats mean, kalau 64 kg, 64 x 0.9 = 57.6 gram protein yang diperlukan.

3 . Tingkatkan intensiti latihan kardio.
Ini merupakan kaedah terbaik. kajian, wanita yang melakukan 20 minit latihan kardio dengan intensiti yang tinggi dari 3 kali seminggu bakar lemak lebih banyak berbanding mereka yang melakukan latihan sederhana selama 40 minit, 3 kali seminggu.
nak lebih okay? lakukan peningkatan sehingga 25 minit untuk latihan kardio intensiti tinggi 3-6 hari seminggu. lakukan secara berselang-seli. (kardio sederhana dan tinggi)

4 . Kecilkan ukuran pinggang dengan berat.
untuk perlahankan kehilangan otot, lakukan latihan yang menumpukan pada otot tubuh sebanyak 2-3 kali seminggu. mulakan dengan melakukan 1-3 set dengan 8-12 ulangan dalam setiap set latihan menggunakan dumbbell. 

that is all. sekian :)

source : magazine, google.

Tuesday, May 07, 2013

Tips 9 : Tip kecantikan & kesihatan Scha


hai, tak payah nak terkejut sangat sebab aku update. memang malas aku ni kan? hm.
okay, aku persembahkan beberapa tips yang diamalkan Scha (alaa. isteri Awal tuu).



1. Bersenam 3 kali seminggu.
2. Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
3. Dapatkan tidur dan rehat yang cukup agar badan tak lesu.
4. Amalkan pemakanan sihat, banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
5. Kurangkan pengambilan makanan berlemak, kolestrol dan karbohidrat.
6. Cuci muka sebelum tidur.
7. Sentiasa gunakan pelembap untuk elakkan kulit kering.
8. Pilih rangkaian produk badan dan wajah yang sesuai dengan diri.
9. Suka urut badan bagi menjaga kecantikan dalaman seperti melancarkan perjalanan darah.

simple! tu je. amalkan jika anda peminat Scha :) (yang tak pun boleh...)

source : magazine.