>
Photobucket Photobucket Photobucket
Kalau dah follow aku, bagitahulah melalui komen or cbox, i will follow you back. anything to ask? just comment. thanks :)

Saturday, July 13, 2013

Resepi puding karamel

Hai semua :) lame gilaa kot aku tak update. Hm, pemalas betul. Haa, sempena bulan ramadhan yang mulia ni aku nak bagi satu resepi yang enak tak terhingga! Aku tahu ramai yang dah ada resepi ni. Tapi, apa salahnya aku kongsi kan. Hehe
Lihat gambar di bawah okay.

Okay., kurang jelas?

Haa, aku dengan rajinnya taip balik apa yang terkandung dalam gambar tu.
Bahan2 : 
5 biji telur saiz B
1 tin susu cair
150 ml air
4 sb gula
1 sk esen vanilla

5 sb gula*
2 sb air*

Cara2 :
1. Hanguskan bahan2 yang bertanda (*).This is the caramel.
2. Satukan bahan yang lain. Jangan sampai berbuih. Tapis dan tuang ke dalam loyang 7 inci ber'base'kan karamel tadi.
3. tutup dengan aluminium foil. 
4. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.

Selamat mencuba! :)

Wednesday, May 08, 2013

Tips 11 : Gerakan latihan TERBAIK

 hai :)
ni sambungan Tips 10 sebenarnya.. take a look!


okay, latihan berikut ini boleh menguatkan otot dan mengelakkan kehilangan otot dikala usia meningkat. yang muda pun boleh amalkan :)

lakukan 3 set latihan berikut untuk setiap gerakan sebanyak 2-3 kali seminggu..


1 . Mountain climber

  • mulakan dengan posisi seperti tekan tubi, tangan tegak selari dengan bahu.
  • then, kaki kanan dibengkokkan dan dibawa masuk kebawah dada.
  • lakukan langkah yang sama untuk kaki sebelah kiri.
  • ulangi sehingga 10 kali.

2. Forearm side plank
  • baring di sebelah bahagian kiri tubuh, dengan siku dibengkokkan dan tegak selari dengan bahu, kaki diluruskan.
  • angkat sikit tubuh supaya tubuh berada dalam keadaan lurus.
  • then, angkat kaki kanan dan tahan selama 10 saat.
  • lakukan 3 kali ulangan sebelum beralih ke bahagian badan sebelah lagi.

3 . Plank reach
  • mulakan dengan posisi plank (seperti posisi tekan tubi, tapi siku dibengkokkan dan menampung berat tubuh)
  • angkat tangan kanan di hadapan dan kemudian kembali ke posisi asal.
  • ulangi langkah yang sama untuk tangan kiri.
  • untuk kaki, angkat kaki kanan dari lantai then kembalikan semula ke posisi asal.
  • ulangi langkah yang sama untuk kaki kiri.
  • ulang semua gerakan sebanyak 3 kali.
err, macam susah je. haha. takpe.. baca sambil buat baru boleh paham :) yang hebat gile seni lukis tu boleh lukis. takde masalah.. okay? tuu je. nak lebih info, google je. semoga membantu :)

source : magazine, google.

Tips 10 : Kempiskan perut untuk wanita 40-an

Anda dah berumur??

resah kerana perut buncit???

jangan risau, saya ada jalan penyelesaiannya!

lemak perut wanita yang sudah berumur susah sangat nak disingkirkan. jadi, pastikan anda jumpa jalan yang betul dan berkesan. jangan putus asa!

1 . Kenali punca!
Lemak terkumpul di bahagian perut kerana pertambahan usia dan anda semakin kekurangan hormon estrogen. waktu ni jugalah anda mula mengalami tanda-tanda pra-menopaus.
selain itu, kadar metabolism juga semakin menurun lebih-lebih lagi anda yang tak mengamalkan rutin senaman. tekanan juga boleh menyumbang kepada pelepasan hormon kortisol yang boleh menyebabkan tubuh mengumpul lemak visceral di bahagian yang paling tak dikehendaki.

2 . Utamakan protein.
Protein membantu mencegah kehilangan otot. jadi, ambil protein sekurang-kurangnya 0.9 gram protein untuk setiap 1kg berat anda setiap hari. (Christine Gerbstadt)
thats mean, kalau 64 kg, 64 x 0.9 = 57.6 gram protein yang diperlukan.

3 . Tingkatkan intensiti latihan kardio.
Ini merupakan kaedah terbaik. kajian, wanita yang melakukan 20 minit latihan kardio dengan intensiti yang tinggi dari 3 kali seminggu bakar lemak lebih banyak berbanding mereka yang melakukan latihan sederhana selama 40 minit, 3 kali seminggu.
nak lebih okay? lakukan peningkatan sehingga 25 minit untuk latihan kardio intensiti tinggi 3-6 hari seminggu. lakukan secara berselang-seli. (kardio sederhana dan tinggi)

4 . Kecilkan ukuran pinggang dengan berat.
untuk perlahankan kehilangan otot, lakukan latihan yang menumpukan pada otot tubuh sebanyak 2-3 kali seminggu. mulakan dengan melakukan 1-3 set dengan 8-12 ulangan dalam setiap set latihan menggunakan dumbbell. 

that is all. sekian :)

source : magazine, google.

Tuesday, May 07, 2013

Tips 9 : Tip kecantikan & kesihatan Scha


hai, tak payah nak terkejut sangat sebab aku update. memang malas aku ni kan? hm.
okay, aku persembahkan beberapa tips yang diamalkan Scha (alaa. isteri Awal tuu).



1. Bersenam 3 kali seminggu.
2. Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
3. Dapatkan tidur dan rehat yang cukup agar badan tak lesu.
4. Amalkan pemakanan sihat, banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
5. Kurangkan pengambilan makanan berlemak, kolestrol dan karbohidrat.
6. Cuci muka sebelum tidur.
7. Sentiasa gunakan pelembap untuk elakkan kulit kering.
8. Pilih rangkaian produk badan dan wajah yang sesuai dengan diri.
9. Suka urut badan bagi menjaga kecantikan dalaman seperti melancarkan perjalanan darah.

simple! tu je. amalkan jika anda peminat Scha :) (yang tak pun boleh...)

source : magazine.


Saturday, February 16, 2013

Twitter :)

hai :) setelah sekian lamanya aku tinggalkan twitter aku, sampai lupa password, aku mula balik. follow aku tau.. aku newbie nih.. budak baru belajar.


haa, aku dah link kan tuh.

nanti ade masa aku follow korang. :) tu je. babai. sekian, assalamualaikum :) hehe

UMP :)

Hai :) ni first time tau aku menaip kat matrik nih. haha. macam busy sangat je -.- ok, kelmarin aku pegi lawatan ke UMP. best laa jugak walaupun suku hari je.. hm. sape2 yang bercita2 nak ambik kos engineering  boleh laa ke UMP sebab kawasannya tak luas sangat.. tak la letih kalau jalan kaki kan. aku memang berhasrat nak sambung kat sana, kos Chemical Engineering. ( doakan aku ek.. ) tapi, time aku pegi sana, dia tak bawak pegi bahagian chemical pun.. dapat tengok dari luar je. tu yang frust sikit tuu.. hm..

Twitter aku, klik SINI! follow lah. aku newbie nih.. sedih..

iklan jap. hehe. haa. aku akan story dari awal..

2.30 ptg : tunggu bas.

3.00 ptg : naik bas.

Alhamdulillah.. basnye selesa :) bas UMP. terima kasih UMP!


3.15 ptg : sampai ke destinasi yang dituju. perpustakaan UMP. bapak gila besar! bestnya..


ktorang masuk dalam library then naik tingkat atas, ade hall kecik. 
ni otw masuk hall laa ni. hehe


masuk je dapat goodie bag, dalamnya ade pencil box + brochure + buku + pen.


ni pengerusi majlis yang cantik sangat :)


ni Mr. Brian for German. adore him :)


hm. hanim ngantuk ke? haha


otw ke kilang2..


dyorang ni discuss ape ntah, orang lain ikut abang tu, dye buat lawatan sendiri pulak. ish2 budak2 nih..


yang atas ni kilang Civil Engineering. ade simen lah..
yang bawah ni pulak tempat mengkaji sifat air, aku berminat gila dengan menda nih. 
tu yang gambo banyak sikit. hehe
tengok nih, cantik gila! yang aku bulatkan tuh! teknologi..





kawan aku mati2 ingat air tu terapung. haha






macam hujan!


cantik tak? hehe. kawan aku la ni nak sangat posing.


dah habis melawat, kami dijemput ke mane ntah, minum petang.




alaa.. dah naik bas nak balik.. :(





haa.. last2 baru ade gambo aku, jurukameralah katekan. huh. sedih..

oklah, UMP, i'll be back. sekian, assalamualaikum :)









Wednesday, February 06, 2013

Follow Me FOllow U


nak join? click banner :)

Haterz :|


Hai, dah lama aku tak update kan? Tetibe nak cakap pasal haterzzz. Tak membangkitkan mood langsung. Haha. Hm.. orang yang aku nak story nih roommate aku sendiri. Aku tak tahu kenape dia benci sangat kat aku. Korang bayangkan ah, dari MPPB taw! (Minggu Pengurusan Pelajar Baru) lebih kurang orientasi lah ni. Dia tak kenal hati budi aku lagi kot time tuh. Maybe waja aku ni ganas sangat kot. Hm, wallahualam..



Okay, aku mengaku aku pun tak suka dia. Tapi aku sabar je and try nak baik lagi dengan dia. But it doesn’t work. Satu bilik 4 orang. Dengan dia ni je aku tak rapat sangat.  Aku tak tahu ape yang aku rasa and aku tak tahu nak share pasal ni dengan sape. That is  why aku buat entry. Hehe ( lonely kan aku? Hm ). Panjang giler kot kisah aku dengan minah ni. Korang baca taw! Comment sekali! Penat aku taip ni.

 imnnTime MPPB, aku macam biasa lah senyap, tak cakap ape2. Aku just jawab je ape yang orang tanye. Nak kawan? Boleh je. Aku tak sombong cume pemalu je sikit. Hehe. Okay, berbalik kepada minah ni, dia cakap je dengan roommate aku yang lain. Tapi, dengan aku tak.  Takkan lah aku nak tanye knape tak cakap dengan aku, kan? So, aku diam.

Bermulalah kuliah pertama aku di sini. Alhamdulillah aku dapat member yang sekepala dengan aku. Dah nak hampir satu tahun kitorang susah senang bersama kat Matrik ni. Semua masalah aku ngan roommate aku tu aku story kat dia. ( adik2 yang nak tahu serba sedikit pasal Matrik boleh lah bertanya :)

Aku tak rapat ngan dia sampai sekarang tapi tak gaduh pun okay. Korang, dia pernah pinjam cardigan aku, dah puas pakai satu hari, dia basuh then bagi kat aku. Good. Esoknye pulak dia pinjam lagi baju yang sama, tapi tak basuh and tak pulangkan balik. What the ?? hm, aku sabar je sebab fikir maybe dia nak pakai lagi. Tapi dia dah melampau, 2-3 bulan kot baju aku tersidai kat tempat dia. Kenape dia tak pulangkan? Malas? Impossible laa, aku kat depan mata dia kot. Jalan 2-3 langkah je pun.

Aku pernah bawak novel. Banyak laa jugak. Dia ade pinjam and macam biasa laa buat pekasam kat tempat dia. Letak atas meja study dia lepas habis baca. Mak aih, macam yang dia punye! Dia tak pulangkan pun! Aku ni pulak yang pegi kat meja dia ambik novel tuh. Sabar je laa wahai hati. Takkan lah tak tau adab pinjam barang orang. Kita pun dari tanah kembali ke tanah balik kan.. hm.

Dia pernah pinjam tudung roommate aku yang lain, seminggu. Tak basuh pulak tuh. Aku sendiri nampak dia pegi basuh baju-baju kotor. Asal tak basuh sekali? Ape nii. Hm. Kakak aku cakap, “tak semestinya semua orang suka kita and kita jugak tak semestinya suka semua orang”. Aku terime tu dengan hati yang terbuka sebab ade betulnye, kan?
Seterusnya, aku tak suka dia sebab dia suka tipu. Tipu benda b#d#h pulak tuh! Macam kita ni budak tadika dia boleh tipu perkara yang dah terang lagi bersuluh. Tak faham? Cenggini, one fine day, aku cakap pasal aku tak suka tudung warna putih sebab kalau pakai nanti aku Nampak gelap. Dia pun cakap laa dia sama macam aku, takde tudung putih. Seingat aku, dia selalu kot pakai tudung putih! Ya Allah, kenape dia tipu perkara yang jelas. Aku tak faham betul ngan dia. Tak perlu la nak tipu benda yang remeh nii. Dah banyak kali dia tipu, takkan lah aku nak story semua, kan?

Ni salah satu bukti yang dia tak cakap sangat dengan aku. Minggu lepas mak aku datang bawak makanan sikit. Ada biskut Chipsmore. Malam tu kitorang makan separuh je then aku tumpang letak dalam tin biskut roommate aku ( bukan dia ). Pagi esoknye, dia mintak biskut tu kat tuan empunya tin, bukan aku. Aku tak kesah kalau nak biskut tu sebab aku tak makan sangat. Tapi at least mintak lah kat aku. Roommate aku tu pun suruh dia mintak kat aku. Hm, aku tak tau lah kalau orang sekeliling dia sebelum ni tak kesah dia buat gini.

Satu lagi, kalau orang lain puji aku, dia diam je. Bukannya aku berharap pujian dia, tapi aku boleh baca air muka dia tu. Dia pandai masak same macam aku, tapi orang lain sibuk puji aku, tak puji dia. Mungkin sebab ni kot. Hm. Aku kena sabar. Brape bulan je lagi nak habis, lepas tu…. Bubye la J banyak lagi kalau nak story semua. Takpelah, aku akan update kalau ade kesempatan.

 p/s : pendapat and comment korang amat dialu-alukan.

Sekian, assalamualaikum.