>
Photobucket Photobucket Photobucket
Kalau dah follow aku, bagitahulah melalui komen or cbox, i will follow you back. anything to ask? just comment. thanks :)

Monday, April 30, 2012

Tips 1 : Kekal langsing walaupun makan enak






hai :) aku sebenarnye sedang diet. tapi ade jugak langgar peraturan. haha. so aku nak kongsi lah tips yang aku dapat daripada 1 majalah lame mak aku. tips ni senang sangat nak ikut. tak terlalu berat. jadi berat korang pun akan turun sikit2 lah. tak lah mendadak sangat kan. okay, back to the topic, ni tipsnye. ikut taw!

1. Makan malam
ha, korang pernah dengar tak kata2 ni "sarapan seperti raja, makan tengah hari seperti pengeran, makan malam seperti fakir"? maksudnye ape? maksudnye kite tak boleh makan malam banyak sangat. bagi yang tengah berdiet sakan tuh, pegang lah kate2 ni ye. pilihlah makanan yang ringan untuk makan malam. contohnye, segelas susu, 2 keping roti, protein (ikan or daging) and a bowl of vegetables. makan malam jugak harus dilakukan 2 jam sebelum tidur. aku ulang lagi, 2 jam ye.. bukan 2 minit. haha


2. Olah makanan dengan bijak
em, cam ne tuh? tak faham ek. okay, aku terangkan.. makanan yang banyak lemak contohnye daging di bahagian tertentu tak boleh lah masak guna minyak yang banyak. dah lah berlemak, tambah lagi dengan lemak minyak. tak tahu lah aku nak cakap ape. haha. masaklah daging dengan kaedah rebus ke panggang ke and buang lemak2 yang ade kat daging tu. kalau nak makan ayam, biasekan makan bahagian dada ayam yang mengandungi sedikit sahaje lemak.



3. Buah segar, bukan jus
kenape tak boleh minum jus? mesti soalan ni yang bermain di fikiran korang kan? sebabnye, time kite buat jus or sape2 je lah yang buat, konfem akan tambah gula kan? ha, sebab tu lah. gula tu je masalahnye sekarang ni. kalau nak buat jus, tak payah letak gule sebab dah ade kandungan gule yang cukup dalam buah. then, jus ni mudah diserap oleh tubuh and mudah jugak untuk dikeluarkan.so, whats the result? yes, korang akan mudah terase lapar. makan buah je, sebab makan buah segar menyebabkan mulut perlu bekerja keras untuk mengunyah. pilihlah buah yang mengandungi air yang banyak macam epal, betik dll. potong dadu and kunyah perlahan-lahan.
potong dadu macam ni lah..

ha, kurangkan ye..



4. Banyakkan makanan berserat
contoh makanan berserat ialah sayuran hijau, or makanan yang kaya serat seperti gandum, jagung dan kekacang. kalau korang duk tengok drama aje memanjang, kunyahlah kacang.. lebih baik daripada kerepek2 tuh. serat memberikan rase kenyang yang lebih lame dan menolong proses pencernaan. lebih tepat lagi menggalakkan pembuangan air besar.

propa je ni. haha


5. Segelas air putih sebelum makan
ehem2, bukan seteguk ye.. haha. ia akan membuatkan kite lebih cepat kenyang seterusnye akan mengawal nafsu pelahap kite ni. sape2 yang liat sangat nak minum air putih tu mulalah sekarang. penting taw.. macam aku, aku tak boleh minum air putih bersuhu bilik, rase macam nak muntah.. then aku try minum air suam. alhamdulillah..korang try lah. okay, semua dah mention kan yang kite mesti minum 8 gelas air setiap hari.. tak payah lah aku nak bagitahu banyak kali. hoho. dalam tubuh kite, peratusan air sangat besar, sebab tu lah air yang masuk dalam badan tak boleh kurang. lebih takpe.. ape yang akan berlaku kalau kurang?? yes, dehidrasi. ia akan mempengaruhi metabolisme dalam tubuh. so, mulai sekarang, janganlah tahan rase haus..


6. Makan 3 jam sekali
tips ke 6 ni ayah aku yang amalkan. kalau pergi kerje, ayah aku akan makan pade pukul 7 pagi, 9 pagi,12 tengah hari, 3 petang, 5 petang, and korang anggarkan sendirilah ye. huu. because of habit ni lah yang menyebabkan berat ayah aku mantain 59 kg. daripada bujang sampailah sekarang. dah 50 umurnye. makan banyak kali tapi dalam kuantiti yang sedikit. korang jangan biar perut jadi kosong sebab ia cume akan mendorong korang untuk makan berlebihan. hal ini untuk menstabilkan kadar gula dalam darah kerana kalau kadar gula berade di bawah paras normal, gejala hipoglikemi akan terjadi. simptomnye ialah sering mengantuk and sukar memberi tumpuan.


7. Atur kalori
sebaiknye cubelah makan 1500 kalori je dalam sehari. buatlah jadual supaye tahap kalori tidak berlebihan. bahagikan kepada 3 bahagian, breakfast, lunch and dinner. pandai2lah korang kurangkan mane yang patut and lebihkan mane yang patut. kalau nak berat turun cepat, makan lah kurang daripada ape yang diperlukan, tapi janganlah sampai berlapar. lain pulak jadinye nanti.. kurangkan 1/2 pun dah cukup.


hope tips2 yang aku coretkan ni dapat membantu korang yang tengah berdiet, selamat beramal.
sekian, assalamualaikum:)

* gambar hanya di copy dari abang google *

Sunday, April 29, 2012

Jalan-jalan :)


ni lah aku, baru sampai kat cameron..nak makan..lapo nih!
hai :) aku baru je balik dari Cameron. sebelum tu pegi P.Pinang ambik kakak aku kat matrik Pineng. tak lah lame sangat. 2 malam je. best lah jugak walaupun dah banyak kali pegi. hoho. satu family pegi sane. tak sejuk sangat kalau pegi sane(cameron) sekarang ni tak same macam aku pegi time bulan 12 dulu. sejuk gile kot..
ni lah pasar malamnye,banyak sangat barang yang comel..
geram aku tengok. haha

kitorang pegi sane just nak pegi pasar malam je sebab mak aku lah yang nak beli sayur. macam lah kat rumah aku takde sayur. hisy! sampai je ktorang pegi makan, solat, and terus pegi ke pasar malam. 2 kali pergi sane taw! lepas asar and lepas maghrib. penat gile aku follow mak aku. beli jagung aje sampai 60 hengget! beli tak ingat dunia. haha
haa, ni lah mak aku..duk sibuk membeli lagi tu..

kat sane ade jenis buah yang aku tak pernah jumpe, buah jambu epal and buah epal cameron. haa. pernah dengar tak? em, yang jambu epal tu warnenye hijau, ala-ala glow in the dark gitu ha.. hijau safety yang JPJ pakai malam-malam bute tu ha.. tahu kan? oke, yang epal cameron tu pulak warne ungu. lebih tepat lagi purple. huhu. rase macam em...tak tahu lah.haha. sedap lah kot..aku tak sempat nak ambik gambar, orang ramai sangat..
em, tak pasal-pasal pulak gambar aku yang keluar. haha
ha, yang pakai baju macam nyamuk tu lah kakak aku.. hehe

em, ape lagi pasal cameron ek..haa,strawbery chocolate! nyum! lapo pulak bile dah teringat nih. lain rasenye taw bile makan kat atas sane..amat sedap. serious..

second day aku ade kat sane, aku pergi kat Bharat. beli teh berperisa. aku tahu kat Kemaman pun ade, tapi harganye lain kan ?
kat Bharat tea..

lepas beli teh banyak-banyak, kitorang singgah kat kedai-kedai yang ade kat situ. beli key chain lah, itu lah, ini lah. huu
lagi barangan cute.. :0

then, kelaparan dah datang balik, so ape lagi, kitorang singgah lah kat sini..
cameron bharat cafe :)
brownie yang moist. sedap yang amat!
(terliur lah tu. haha)

cheese cake

sambil minum boleh tengok pemandangan. tenang gile. (ladang teh je) haha
ladang teh :)

time nak balik dah tu aku mintak mak aku berhenti kat air terjun. saje je nak tengok. hehe
kat air terjun lata iskandar..

picture sungai je. huu

mulelah aku berangan nak jadi photographer. haha. layan je lah..
aku tak tahu bunge ape. yang penting die cantik!

cantik tak ciptaan Allah?
ni kedai orang asli. macam-macam diorang jual..

okay, tu je lah yang aku nak paparkan. (skemanye aku.haha) okay, hope korang sihat selalu. sekian, assalamualaikum :)

Tuesday, April 24, 2012

Assalamualaikum :)


Nama aku Nur Amirah binti Awang. Low profile je orangnya (hehe). Aku kenal dunia blogger ni since aku form 4 (kalau tak silap la). Sejarah  hidup aku banyak yang pahit, so, aku kureng berani nak tulis pasal hidup aku. Tapi sekarang alhamdulillah aku dah dapat keberanian tu. Aku harap sangat kali ni blog aku kekal sebab aku sebenarnya dah 3 kali buat blog. Lepas buat, post something, pastu sampai 2-3 bulan tak bukak sampai tak ingat password. Hahaha

Aku harapkan sangat support dari orang sekeliling aku. Follow me okay, aku akan pastikan blog aku menarik untuk di follow. Hehehe. Kalau korang follow aku, secara automatik aku akan follow blog korang balik. Ada ubi ada batas, ada hari rebus ubi tu dan ngap! Hahaha. Aku memang semangat gila nak berblogging ni. Serious. i’ll make sure this blog has more info, not boring and etc.

Hoyeah! Korang doakan aku berjaya la. ha, lupa nak story pasal aku, umur aku 18thn (2012). Muda kan? Hehe. Aku ex student S.M.K.Chukai Kemaman Terengganu. Aku lahir sini and menetap sini jugak. Tak pernah pindah pun. Em,apa lagi ek. Ha, em, lain kali la aku story lagi. Haha. Setakat ni je cerita aku. Hope korang sihat selalu. Bye. Assalamualaikum :)