>
Kalau dah follow aku, bagitahulah melalui komen or cbox, i will follow you back. anything to ask? just comment. thanks :)

Monday, April 30, 2012

Tips 1 : Kekal langsing walaupun makan enak






hai :) aku sebenarnye sedang diet. tapi ade jugak langgar peraturan. haha. so aku nak kongsi lah tips yang aku dapat daripada 1 majalah lame mak aku. tips ni senang sangat nak ikut. tak terlalu berat. jadi berat korang pun akan turun sikit2 lah. tak lah mendadak sangat kan. okay, back to the topic, ni tipsnye. ikut taw!

1. Makan malam
ha, korang pernah dengar tak kata2 ni "sarapan seperti raja, makan tengah hari seperti pengeran, makan malam seperti fakir"? maksudnye ape? maksudnye kite tak boleh makan malam banyak sangat. bagi yang tengah berdiet sakan tuh, pegang lah kate2 ni ye. pilihlah makanan yang ringan untuk makan malam. contohnye, segelas susu, 2 keping roti, protein (ikan or daging) and a bowl of vegetables. makan malam jugak harus dilakukan 2 jam sebelum tidur. aku ulang lagi, 2 jam ye.. bukan 2 minit. haha


2. Olah makanan dengan bijak
em, cam ne tuh? tak faham ek. okay, aku terangkan.. makanan yang banyak lemak contohnye daging di bahagian tertentu tak boleh lah masak guna minyak yang banyak. dah lah berlemak, tambah lagi dengan lemak minyak. tak tahu lah aku nak cakap ape. haha. masaklah daging dengan kaedah rebus ke panggang ke and buang lemak2 yang ade kat daging tu. kalau nak makan ayam, biasekan makan bahagian dada ayam yang mengandungi sedikit sahaje lemak.



3. Buah segar, bukan jus
kenape tak boleh minum jus? mesti soalan ni yang bermain di fikiran korang kan? sebabnye, time kite buat jus or sape2 je lah yang buat, konfem akan tambah gula kan? ha, sebab tu lah. gula tu je masalahnye sekarang ni. kalau nak buat jus, tak payah letak gule sebab dah ade kandungan gule yang cukup dalam buah. then, jus ni mudah diserap oleh tubuh and mudah jugak untuk dikeluarkan.so, whats the result? yes, korang akan mudah terase lapar. makan buah je, sebab makan buah segar menyebabkan mulut perlu bekerja keras untuk mengunyah. pilihlah buah yang mengandungi air yang banyak macam epal, betik dll. potong dadu and kunyah perlahan-lahan.
potong dadu macam ni lah..

ha, kurangkan ye..



4. Banyakkan makanan berserat
contoh makanan berserat ialah sayuran hijau, or makanan yang kaya serat seperti gandum, jagung dan kekacang. kalau korang duk tengok drama aje memanjang, kunyahlah kacang.. lebih baik daripada kerepek2 tuh. serat memberikan rase kenyang yang lebih lame dan menolong proses pencernaan. lebih tepat lagi menggalakkan pembuangan air besar.

propa je ni. haha


5. Segelas air putih sebelum makan
ehem2, bukan seteguk ye.. haha. ia akan membuatkan kite lebih cepat kenyang seterusnye akan mengawal nafsu pelahap kite ni. sape2 yang liat sangat nak minum air putih tu mulalah sekarang. penting taw.. macam aku, aku tak boleh minum air putih bersuhu bilik, rase macam nak muntah.. then aku try minum air suam. alhamdulillah..korang try lah. okay, semua dah mention kan yang kite mesti minum 8 gelas air setiap hari.. tak payah lah aku nak bagitahu banyak kali. hoho. dalam tubuh kite, peratusan air sangat besar, sebab tu lah air yang masuk dalam badan tak boleh kurang. lebih takpe.. ape yang akan berlaku kalau kurang?? yes, dehidrasi. ia akan mempengaruhi metabolisme dalam tubuh. so, mulai sekarang, janganlah tahan rase haus..


6. Makan 3 jam sekali
tips ke 6 ni ayah aku yang amalkan. kalau pergi kerje, ayah aku akan makan pade pukul 7 pagi, 9 pagi,12 tengah hari, 3 petang, 5 petang, and korang anggarkan sendirilah ye. huu. because of habit ni lah yang menyebabkan berat ayah aku mantain 59 kg. daripada bujang sampailah sekarang. dah 50 umurnye. makan banyak kali tapi dalam kuantiti yang sedikit. korang jangan biar perut jadi kosong sebab ia cume akan mendorong korang untuk makan berlebihan. hal ini untuk menstabilkan kadar gula dalam darah kerana kalau kadar gula berade di bawah paras normal, gejala hipoglikemi akan terjadi. simptomnye ialah sering mengantuk and sukar memberi tumpuan.


7. Atur kalori
sebaiknye cubelah makan 1500 kalori je dalam sehari. buatlah jadual supaye tahap kalori tidak berlebihan. bahagikan kepada 3 bahagian, breakfast, lunch and dinner. pandai2lah korang kurangkan mane yang patut and lebihkan mane yang patut. kalau nak berat turun cepat, makan lah kurang daripada ape yang diperlukan, tapi janganlah sampai berlapar. lain pulak jadinye nanti.. kurangkan 1/2 pun dah cukup.


hope tips2 yang aku coretkan ni dapat membantu korang yang tengah berdiet, selamat beramal.
sekian, assalamualaikum:)

* gambar hanya di copy dari abang google *

No comments:

Post a Comment

dah bace tu sila lah komen :)