>
Photobucket Photobucket Photobucket
Kalau dah follow aku, bagitahulah melalui komen or cbox, i will follow you back. anything to ask? just comment. thanks :)

Tuesday, May 22, 2012

Resepi 2 : Blueberry cheese tart

hai :) dah lame aku tak sembang pasal resepi.. huhu. sebenarnye resepi ni aku cekau dari fb.. aku just edit sikit je.. resepi ni senang sangat2. konfem jadi. bagi yang suka Tart ni rugi kalau tak try taw.. marveles gitu!
the colour changes due to light.

KULIT TART

bahan-bahan :-

250g mentega
95g gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
455g tepung gandum

Cara-cara :-

putar mentega, gula dan esen vanila hingga kembang. masukkan telur dan air. putar lagi hingga kembang. masukkan tepung gandum dan adun menjadi doh yang sebati. ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. lebihan adunan yang terkeluar dibuang dengan diratakan menggunakan belakang pisau. cucuk sikit dengan menggunakan garfu.(1-2 kali pun dah cukup) bakar selama 20-25 minit dengan suhu 170oC dan meletakkannya di bahagian paling bawah dalam oven.

* tips : gunakan pencungkil gigi untuk mengeluarkan kulit tart dari acuannya.

-kalau adunan kulit tart tu terlalu lembik, masukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit..

INTI TART

bahan-bahan :-

250g cream cheese
50g gula kastor
1 biji telur saiz B
1/2 sudu teh esen vanila/lemon
1 tin blueberry

Cara-cara :-

putar cream cheese dan gula kastor sampai berkrim. masukkan telur dan esen vanila. putar lagi beberapa minit.
masukkan sedikit blueberry dalam tart. tuang cheese tadi ke atas blueberry sehingga blueberry tersebut tidak kelihatan. kalau suka, buat corak macam aku tu dengan menggunakan pewarna makanan yang berwarna ungu. tunjukkanlah kekreatifan anda! hehe. bakar selama 5-10 minit dengan suhu yang same. sentuh dengan hujung jari, kalau tak melekat, dah masak la tu.. siap! tu je. senang what? try lah.

jika ade sebarang kemusykilan, komen je. InsyaAllah aku akan jawab.
sekian, assalamualaikum :)

Monday, May 21, 2012

Tips 8 : Makanan yang meredakan stress

Adakah anda seorang pelajar yang stress saat exam sudah dekat?
Adakah anda seorang pekerja yang stress kerana selalu dimarahi boss?
Adakah anda stress?

Saya ada jalan penyelesaiannya!
(haha)

sape lah yang tak pernah hadapi tekanan hidup. kan? setiap kali tekanan, makanan manis+tinggi kalori yang jadi santapan.. secara tidak langsung, berat badan naik, tubuh gempal, tahap kesihatan menurun dll. bila perut dah jadi 3D baru nak buat itu ini. ish ish ish.. (aku makan banyak sebab aku suka, bukan sebab stress. hehe)
sekarang ni aku nak senaraikan makanan yang akan membuatkan stress berkurangan.. same2 kite makan amalkan yee..

AYAM BAKAR DAN DAGING
ayam bakar memberikan protein yang baik kepada tubuh badan. menurut Judith Wurtman, penulis buku The Serotonin Power Diet, lebih kurang 200g protein akan membantu otak menghasilkan doparnin and norepinefrin, iaitu sebatian kimia semula jadi di dalam otak yang akan mengekalkan kewarasan korang.. daging pulak mengandungi lemak yang juga mengandungi vitamin B, zat besi dan zat yang sangat kaya sehingga ia baik untuk mereka yang mengalami stress.

KACANG BADAM
badam mempunyai antistres yang luar biase. diulangi, ANTI-STRES! vitamin B dan magnesium di dalamnya membantu menenangkan dan mengendalikan emosi dengan baik. manakala, vitamin E yang juga terkandung di dalamnya kaya dengan antioksidan yang bisa menghalang radikal bebas yang menjadi penyebab stress. makan segenggam badam setiap hari sudah memadai untuk mengawal stress korang..

BERTIH JAGUNG
ingat bertih jagung, ingat wayang. tidur korang terganggu? makanlah bertih jagung kerana karbohidrat akan membuatkan badan kite melepaskan serotonin (sebatian kimia dalam otak yang akan membuat kite lebih tenang and relax). tapi, pilihlah bertih jagung yang rendah/bebas lemak kerana ia boleh melambatkan proses pelepasan serotanin tersebut.

COKLAT
coklat akan membantu korang menenangkan emosi. coklat mengandungi nadamin dan feniletilamin yang membantu kerja saraf dan akan tenangkan perasaan korang dan berasa lebih gembira. tapi awas! jangan makan secara berlebihan!

IKAN
hampir semua jenis ikan mengandungi vitamin B lengkap, terutamanya B6 dan B12. kekurangan vitamin B12 boleh depresi. cuba korang nikmati salad ikan tuna untuk lunch dan dinner. selain tu, ikan yang kaya dengan Omega 3 seperti ikan salmon dapat menghalang pertumbuhan hormon kortisol yang menyebabkan stress dan peningkatan tekanan darah..

SAYURAN HIJAU
ia amat bermanfaat untuk menurunkan stress. ini kerana, kandungan vitaminnye yang begitu banyak dapat berulang-ulang dijadikan sumber tenaga tubuh yang semakin berkurangan ketika fikiran dalam keadaan tertekan.

SUSU
sebelum mengambil susu, carilah jenis susu yang sesuai dengan keperluan korang. ape yang penting, susu mengandungi antioksidan yang dapat menghancurkan radikat bebas yang menjadi punca stress. minumlah susu pada waktu pagi dan sebelum tidur..

renung2kan dan selamat beramal!
sekian, assalamualaikum :)

sumber : majalah (telah di edit mengikut kesesuaian)

First Photo Contest by Dayah

nak join? klik SINI!


tetiba aku rase nak join contest ni and ni lah contest yang first aku join. 
ade lenses.. nak sangat2 ni.. yang lame dah rosak.. excited lah! hadiah yang ohsem!
harap2 menang tempat pertama. hehe
kalau boleh nak letak semua gambar
ni photo aku je.
aku edit sendiri okay.. tak pakai tenaga sesape pun taw..

ni adalah photo kawan aku yang di edit oleh aku..
myrah.SDN.BHD
cewahh, bajet je aku ni. haha

aku lagii.. model tak berbayar..
aku edit gambar ni sepenuh hati aku taw..
hemhemhem.. jiwangnye aku.. hee


peace!
1,2,3,4..okay.. cukup! :)
sedang follow and like ape yang patot
sekian, assalamualaikum.. doakan aku berjaya..
JOINED!
love,   
myrah

Sunday, May 20, 2012

Tips 7 : Cara saya study

hai :) hem, tengok title tu.. haa, aku nak kongsi sikit.. (baca entry ni sampai habis taw!)
nak story about subjek yang perlu wajib baca.. Sejarah..aku tak suka sejarah. tapi aku dapat A time SPM.. aku syukur sangat2.. dulu, demi A for Sejarah, aku belajar untuk sayang buku sejarah. time tu, kemane je aku pergi, buku Sejarah wajib ade dengan aku.. (nak story pasal Sejarah kejap yee..) dalam hidup aku, due kali je aku dapat A untuk Sejarah.. bila tu? PMR and SPM.. huhu. selain tu tak pernah.. tika aku form3, exam OTI1 (kalau tak silap laa), aku dapat 40 je! lepas tu, aku berazam perkara tu tak kan berlaku lagi.. last2, alhamdulillah :)
cikgu aku cakap, yang penting ialah study secara berterusan, bukan study mati-matian time exam kat selekoh tajam. hendak seribu daya.. tak hendak duduk diam.. kan?

tips daripada cikgu aku, baca buku Sejarah setiap malam sebelum tidur.. 1 m/s pun dah cukup. kalau rajin, teruskanlah.. tak perlulah sampai tak tidur malam. and, yang tak suka baca, try buat latihan.. rujuklah buku untuk menjawab semua soalan. insyaAllah..

kata-kata ayah aku, "konfiden takpe, jangan over konfiden.."

P.A.Islam.. sape yang suka subjek ni? aku! haha. dulu (form 1), aku dapat C untuk PAI.. kecewanye aku time tu.. time nak exam akhir tahun, aku habiskan cuti sekolah selama 2 hari dengan membaca buku PAI. aku banyak menyendiri time tu. aku baca buku rujukan PAI setebal 1 inch tu sebanyak 3 kali.. ternyata, usaha aku tak sia-sia.. korang nak tahu aku dapat berapa? jengjengjeng... 90 doe! terkejut la jugak akutime tu.. macam tak percaya je tapi tu lah kenyataannye. takpe lah tak dapat 100 pun.. aku dah bersyukur sangat.. lepas tu, result PAI aku tak pernah turun lagi..

yeah, semuanye atas diri kite sendiri.. kalau ade usaha, akan ade lah kejayaan.
haa! seriously, ni pendapat aku, kalau 1 kali kite dapat A untuk sesuatu subjek, kite akan ade keyakinan untuk terus dapat A for subjek tu.. langkah pertama is the hardest. namun, usaha lah bersungguh2..

aku bukanlah pakar motivasi.. tapi, gitulah.. aku tak tahu nak cakap ape. ade jugak kawan2 aku yang ikut nasihat aku. alhamdulillah berjaye.. dan ade jugak yang tak dengar. buat pekak je. bila dah dapat result, nangis.. tu je lah kerjanye.. usaha tak nak.. hemm..

then, aku cukup2 tak suka bila ade orang cakap, "saya tak pandai macam awak.. saya bodoh..". panas hati betul aku dengar ayat macam tu! dah tu orang yang pandai tu tak kan lah pandai macam tu je?! goyang2 kaki, pastu jadi pandai. camtu ke? hemm, lu fikirlah sendiri..
aku bukannye nak bajet bagus ke ape, cuma nak bagitahu ape yang terbuku di hati.. tak salah kan?

okay, untuk subjek Math/Add Math pulak, korang memerlukan banyak latihan. ni khas untuk Form 4 & 5. yang lain pun boleh jugak. ramai kawan aku tanye, camne aku study Math? aku cume buat latihan yang cikgu bagi je, and bile nak exam, aku tengok2 balik latihan yang aku buat.. SEMUA yee?. takde satu pun yang aku tinggal. paling penting! jangan sesekali cakap "bab ni aku dah pandai, buat ape nak tengok2 lagi."

aku ulang kaji semua termasuklah bab Whole Number.. aku cuma buat gitu aje.. tak payah nak tusyen bagai.. Alhamdulillah, berkat study sendiri (berkat? pape je lah), aku dapat 99 for Math.. dan markah aku tu menggalakkan classmates aku untuk dapat markah tinggi jugak.. 4 kali berturut2 aku dapat result gitu.. tak pernah lagi dapat 100.. frust betul cikgu aku.. haha. korang pernah dapat 100? tahniah! :D
Add Math aku biase je.. A- , alhamdulillah.. dulu, ade sorang senior, die dapat 100 for Add Math! haa, gile tak? pergh..
aku rasa ade diantara korang yang takut nak hadapi exam Add Math for the first time.. takut gagal macam orang lain.. macam2 ade dalam kepala kan? huhu. untuk junior2, tak payah takut sangat. die tak makan adik2 pun.. huhu

chemist? physics? same aje cara study. cume perlu lebih penelitian.. fokus dalam kelas, jangan main2 time cikgu ajar..
lastly, jangan dikau tidur dalam kelas ye.. aku tak pernah buat taw! ingatlah pesanan penaja ni okay! cukuplah sampai di sini saje. nak makan.. lapo. bai. Assalamualaikum :)

#entry bosan sikit. tak tahu nak letak pics ape.. hehe. enjoy!