>
Photobucket Photobucket Photobucket
Kalau dah follow aku, bagitahulah melalui komen or cbox, i will follow you back. anything to ask? just comment. thanks :)

Tuesday, May 22, 2012

Resepi 2 : Blueberry cheese tart

hai :) dah lame aku tak sembang pasal resepi.. huhu. sebenarnye resepi ni aku cekau dari fb.. aku just edit sikit je.. resepi ni senang sangat2. konfem jadi. bagi yang suka Tart ni rugi kalau tak try taw.. marveles gitu!
the colour changes due to light.

KULIT TART

bahan-bahan :-

250g mentega
95g gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
455g tepung gandum

Cara-cara :-

putar mentega, gula dan esen vanila hingga kembang. masukkan telur dan air. putar lagi hingga kembang. masukkan tepung gandum dan adun menjadi doh yang sebati. ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. lebihan adunan yang terkeluar dibuang dengan diratakan menggunakan belakang pisau. cucuk sikit dengan menggunakan garfu.(1-2 kali pun dah cukup) bakar selama 20-25 minit dengan suhu 170oC dan meletakkannya di bahagian paling bawah dalam oven.

* tips : gunakan pencungkil gigi untuk mengeluarkan kulit tart dari acuannya.

-kalau adunan kulit tart tu terlalu lembik, masukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit..

INTI TART

bahan-bahan :-

250g cream cheese
50g gula kastor
1 biji telur saiz B
1/2 sudu teh esen vanila/lemon
1 tin blueberry

Cara-cara :-

putar cream cheese dan gula kastor sampai berkrim. masukkan telur dan esen vanila. putar lagi beberapa minit.
masukkan sedikit blueberry dalam tart. tuang cheese tadi ke atas blueberry sehingga blueberry tersebut tidak kelihatan. kalau suka, buat corak macam aku tu dengan menggunakan pewarna makanan yang berwarna ungu. tunjukkanlah kekreatifan anda! hehe. bakar selama 5-10 minit dengan suhu yang same. sentuh dengan hujung jari, kalau tak melekat, dah masak la tu.. siap! tu je. senang what? try lah.

jika ade sebarang kemusykilan, komen je. InsyaAllah aku akan jawab.
sekian, assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment

dah bace tu sila lah komen :)