>
Kalau dah follow aku, bagitahulah melalui komen or cbox, i will follow you back. anything to ask? just comment. thanks :)

Sunday, May 13, 2012

Tips 4 : Senaman yang berkesan


hai :) ramai yang bersenam tapi takde perubahan pun, kan? and ade jugak yang langsung tak bersenam. yang tu tak boleh nak cakap ape lah.. huhu. okay, kite teruskan kepada tips2 tersebut..

1. PERANCANGAN- rancanglah sebelum buat sesuatu.. tak kira lah ape2 pun just to make sure ape yang kite buat tu tak sia2.. rancang tujuan sebenar/utama korang melakukan senaman. pastikan tujuan dan matlamat tu realistik. realistik? maksudnye? korang mampu melakukannya dan mencapai matlamat tersebut. pastikan jugak yang matlamat korang tu spesifik sikit seperti " aku nak kurangkan 3kg dalam mase sebulan.." tak kan lah nak kurangkan 1kg aje sebulan kan.. haha

2. UKUR SETIAP PERUBAHAN-ukur ape2 perubahan yang berlaku dan lakukannya secara rutin supaya korang boleh nampak perubahan tu.. jangan lupa timbang berat korang sebelum mulakan aktiviti, boleh buat perbandingan sebelum dan selepas.. tak kira lah nak tingkatkan ketinggian ke.. berat ke.. nak bina otot ke..

3. CATAT SETIAP LATIHAN-setiap latihan yang korang buat/jalani perlu dicatat. pastikan korang mempunyai data untuk setiap sesi latihan yang korang lakukan tu.. untuk make sure korang lakukan latihan tersebut secara rutin.


4. PADATKAN SESI KARDIO-buat sesi kardio beragam secara intensif dan panjang. cubalah aktiviti kardio yang baru so that korang tak lah bosan buat yang same aje kan.. konfem korang akan kekal segar and sihat walafiat.

5. CUBA LATIHAN BERAT- latihan yang berat boleh dilakukan oleh semua orang walaupun kite perempuan. latihan yang berat tak semestinya untuk lelaki je.. hal ini kerana, latihan berat dapat membantu membangunkan otot dan meningkatkan kepadatan tulang. latih setiap otot utama lakukan latihan berat sebanyak 3 kali seminggu.

6. REHAT YANG CUKUP-yang ni tak payahlah aku nak ulas panjang2 kan, entry aku sebelum ni pun dah cerita pasal ni. macam biasa lah tidur 8 jam..tak boleh lebih sangat and tak boleh kurang sangat.. and let your body rest.. senaman tak perlu buat setiap hari..3 hari seminggu je.. kang tak pasal2 masuk hospital, den jugak yang kena.. haisy!

7. WARM-UP-lakukan pemanasan selama 5-10 minit setiap kali sebelum korang lakukan aktiviti utama. korang harus kawal tubuh badan dengan menaikkan suhu tubuh terlebih dahulu.. ni penting taw.. korang boleh cedera kalau tak buat warm-up..

8. COOL-DOWN-cool-down biasanya dilakukan selepas senaman utama.. penyejukan badan secara perlahan.. tak kan lah lepas penat berlari terus duduk bersila.. haha. korang kena buat jugak, tak susah sangat pun.. fungsinya is supaya korang tak rase sakit2 di hari2 berikutnya..

9. POLA PEMAKANAN-makan makanan yang cukup and sesuai dengan latihan yang korang bakal lakukan.. janganlah makan sikit sangat kalau nak buat latihan berat.. pandai2lah ye.. ha, tak lupe jugak, tinggalkan diet2 ketat yang menyusahkan tu and makan lah makanan yang sihat2..

10. TERUS MEMOTIVASIKAN DIRI-lastly, teruskan motivasi diri supaya korang terus lakukan senaman sehingga mencapai metlamat yang korang hendaki.. ajaklah lah kawan2 supaya tak bosan sangat hari2 korang itu..

tu je yang dapat sy kongsi pada entry kali ini.. support lah aku dengan 'follow' blog ni supaya aku akan terus bersemangat untuk buat entry yang best2.. (err, best ke? haha) sekian, assalamualaikum :)

2 comments:

  1. Thanks tips! Patutlah saya tak dapat kurus, tidur 5 jam aje. Harap2 dapat kurangkan 10kg dalam tahun ini juga. (Saya 75kg :P )

    ReplyDelete

dah bace tu sila lah komen :)