>
Photobucket Photobucket Photobucket
Kalau dah follow aku, bagitahulah melalui komen or cbox, i will follow you back. anything to ask? just comment. thanks :)

Saturday, May 26, 2012

Kisah sedih

petang tadi aku pergi kenduri kawin dengan mengenakan baju kurung berwarna pink/biru dan bertudung bawal biru. on the way there, aku nampak ade sorang pak cik jalan kaki.. rambut basah... baju pun basah dibasahi peluh.

memang aku selalu sangat nampak pak cik nih. and aku jugak tahu yang beliau tak berapa nak waras sangat. daripada luaran, umur pakcik tu mungkin 50-an.

air mata aku hampir menitis bila tengok pak cik tu hanya jalan kaki kat tepi jalan.. dengan cuaca yang panas terik. dan yang paling penting, beliau tak pakai selipar! sampai hitam tapak kaki. ya Allah.. kesiannye aku tengok. hanya Allah yang tahu perasaan aku. atas jalan tar pulak tu. ya Allah, panasnye.. berlinang air mata aku tengok..

aku boleh nampak titisan peluh menitis dari hujung rambutnya.. aku tahu, dia panas sangat2 mase tu. ya Allah..

pak cik tu jalan ala2 P.Ramlee.. dalam lagu bujang lapok, yang kaki macam terhincut2 tu..
hemm, macam2 aku fikir pasal pak cik tu, mana keluarga? takde anak bini ke? mana anak2? or beliau memang dah macam tu sejak lahir? paling kurang pun, mana adik beradik?

kenapa takde orang jaga pakcik tu? kesian dia.. kalau lah beliau itu saudara aku, aku tak kan sampai hati nak biarkan pak cik tu macam tu je. daif.. astaghfirullah..

aku cuma berdoa supaya akan ade manusia2 yang bertanggungjawab menjaga pak cik tu dengan baik. paling tidak, beliau tak merayau2 tanpa selipar lagi..

sape2 yang tinggal berdekatan rumah pak cik tu, bantu lah dia.

kalaulah salah sorang daripada family aku jadi macam tu, takde sape nak tolong..(melainkan ahli keluarga sendiri)
gini la sikap masyarakat sekarang..

sekian, assalamualaikum..

#sayangilah ibu bapa anda.

No comments:

Post a Comment

dah bace tu sila lah komen :)