>
Photobucket Photobucket Photobucket
Kalau dah follow aku, bagitahulah melalui komen or cbox, i will follow you back. anything to ask? just comment. thanks :)

Saturday, May 19, 2012

Tips 6 : Jauhkan diri dari junk/fastfood

aku dapat tips ni daripada sebuah majalah. terbit tahun 2007.. so, aku rasa tak salah kongsi kat sini. aku tak rugikan sape2 pun.
okay, teruskan kepada tajuk utama kite hari ni. Tips jauhkan diri dari junkfood/fastfood..

1. bersukan.. kerana bersukan boleh menyebabkan tubuh berasa lebih aktif dan gembira kerana ia akan menghasilkan endorfin (hormon yang menenangkan). bagi yang malas, rajinkanlah diri korang untuk bersukan sebab banyak faedahnye..

2. berhenti makan makanan segera secara berperingkat. kenape berperingkat? kerana berhenti secara tiba-tiba amat sukar. namun, ia tak mustahil.. kalau korang tak dapat lupekan makanan kerepek kentang yang lazat tu, cubalah beli dalam kuantiti yang sedikit dan kecil. masih lapar? cuba gantikan dengan mengambil makanan jenis kekacang or buah-buahan.

3. wajib bersarapan. sarapan yang baik mestilah mengandungi serat dan protein yang tinggi. hal ini akan membuatkan korang berasa kenyang lebih lama dan kurangkan keinginan untuk mencari makanan ringan.

4. pilih junkfood yang mahal.. maksudnye korang pilihlah junkfood yang mahal jadi kegemaran korang.. nescaya korang akan rasa terseksa setiap kali nak bayar.. besar kemungkinan korang akan stop langgan makanan tersebut. (ntah boleh pakai ke tidak ni. try lah dulu..)

5. kawal gula dalam darah. gula darah yang stabil akan mengurangkan rasa lapar. aku dah cakap camne nak  stabilkan gula dalam darah kan?
klik gambar ni kalau nak tengok entry aku yang sihat mihat..
6. makan suplemen. kalau tubuh kekurangan khasiat, tubuh secara automatik akan menghantar isyarat kepada otak untuk berbuat sesuatu, misalnye makan. ambillah multivitamin kerana ia merupakan jalan penyelesaian terbaik..

No comments:

Post a Comment

dah bace tu sila lah komen :)