>
Photobucket Photobucket Photobucket
Kalau dah follow aku, bagitahulah melalui komen or cbox, i will follow you back. anything to ask? just comment. thanks :)

Monday, May 21, 2012

Tips 8 : Makanan yang meredakan stress

Adakah anda seorang pelajar yang stress saat exam sudah dekat?
Adakah anda seorang pekerja yang stress kerana selalu dimarahi boss?
Adakah anda stress?

Saya ada jalan penyelesaiannya!
(haha)

sape lah yang tak pernah hadapi tekanan hidup. kan? setiap kali tekanan, makanan manis+tinggi kalori yang jadi santapan.. secara tidak langsung, berat badan naik, tubuh gempal, tahap kesihatan menurun dll. bila perut dah jadi 3D baru nak buat itu ini. ish ish ish.. (aku makan banyak sebab aku suka, bukan sebab stress. hehe)
sekarang ni aku nak senaraikan makanan yang akan membuatkan stress berkurangan.. same2 kite makan amalkan yee..

AYAM BAKAR DAN DAGING
ayam bakar memberikan protein yang baik kepada tubuh badan. menurut Judith Wurtman, penulis buku The Serotonin Power Diet, lebih kurang 200g protein akan membantu otak menghasilkan doparnin and norepinefrin, iaitu sebatian kimia semula jadi di dalam otak yang akan mengekalkan kewarasan korang.. daging pulak mengandungi lemak yang juga mengandungi vitamin B, zat besi dan zat yang sangat kaya sehingga ia baik untuk mereka yang mengalami stress.

KACANG BADAM
badam mempunyai antistres yang luar biase. diulangi, ANTI-STRES! vitamin B dan magnesium di dalamnya membantu menenangkan dan mengendalikan emosi dengan baik. manakala, vitamin E yang juga terkandung di dalamnya kaya dengan antioksidan yang bisa menghalang radikal bebas yang menjadi penyebab stress. makan segenggam badam setiap hari sudah memadai untuk mengawal stress korang..

BERTIH JAGUNG
ingat bertih jagung, ingat wayang. tidur korang terganggu? makanlah bertih jagung kerana karbohidrat akan membuatkan badan kite melepaskan serotonin (sebatian kimia dalam otak yang akan membuat kite lebih tenang and relax). tapi, pilihlah bertih jagung yang rendah/bebas lemak kerana ia boleh melambatkan proses pelepasan serotanin tersebut.

COKLAT
coklat akan membantu korang menenangkan emosi. coklat mengandungi nadamin dan feniletilamin yang membantu kerja saraf dan akan tenangkan perasaan korang dan berasa lebih gembira. tapi awas! jangan makan secara berlebihan!

IKAN
hampir semua jenis ikan mengandungi vitamin B lengkap, terutamanya B6 dan B12. kekurangan vitamin B12 boleh depresi. cuba korang nikmati salad ikan tuna untuk lunch dan dinner. selain tu, ikan yang kaya dengan Omega 3 seperti ikan salmon dapat menghalang pertumbuhan hormon kortisol yang menyebabkan stress dan peningkatan tekanan darah..

SAYURAN HIJAU
ia amat bermanfaat untuk menurunkan stress. ini kerana, kandungan vitaminnye yang begitu banyak dapat berulang-ulang dijadikan sumber tenaga tubuh yang semakin berkurangan ketika fikiran dalam keadaan tertekan.

SUSU
sebelum mengambil susu, carilah jenis susu yang sesuai dengan keperluan korang. ape yang penting, susu mengandungi antioksidan yang dapat menghancurkan radikat bebas yang menjadi punca stress. minumlah susu pada waktu pagi dan sebelum tidur..

renung2kan dan selamat beramal!
sekian, assalamualaikum :)

sumber : majalah (telah di edit mengikut kesesuaian)

No comments:

Post a Comment

dah bace tu sila lah komen :)